Amalan Pengurusan Program Akademik Pentadbir dan Perkembangan Murid Berpencapaian Rendah Akademik di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Authors

  • Muhammad Rahawaluddin Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Amalan pengurusan program akademik; pentadbir sekolah; perkembangan murid; pencapaian akademik rendah; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Abstract

Kejayaan sesebuah sekolah turut bergantung kepada amalan pentadbir melaksanakan tanggungjawab sebagai pengurus sekolah dan sebagai pemimpin pengajaran. Justeru kajian ini bertujuan mengkaji tahap amalan pengurusan program akademik dalam kalangan pentadbir dan perkembangan murid berpencapaian rendah akademik di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan hubungan antara kedua-duanya. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Kajian melibatkan seramai 207 orang responden daripada 521 populasi guru SABK di Negeri Sembilan. Responden telah menjawab soal selidik dalam talian yang diedarkan secara rawak mudah melalui google form. Data kuantitatif yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences versi 22.0. Analisis deskriptif untuk nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus menentukan tahap kedua-dua pemboleh ubah manakala analisis inferensi untuk nilai r menentukan hubungan antara kedua-duanya. Dapatan menunjukkan tahap amalan pengurusan program akademik dalam kalangan pentadbir adalah tinggi (min = 4.13). Tahap perkembangan murid berpencapaian rendah juga tinggi dengan min = 3.88. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana antara kedua-dua pemboleh ubah dengan nilai r = 0.37. Selain memberikan kesimpulan bahawa pentadbir tidak mengabaikan program akademik untuk murid berpencapaian rendah akademik, kesimpulan juga dapat dibuat bahawa walaupun berpencapaian rendah untuk akademik, namun secara umumnya terdapat perkembangan yang positif dalam kalangan murid SABK yang dikaji, dan amalan pengurusan program akademik oleh pentadbir ada memberi kesan terhadap perkembangan murid berpencapaian rendah akademik. Hal ini memberikan impilikasi bahawa pentadbir sekolah perlu sentiasa melaksanakan program akademik yang bersesuaian dengan tahap murid bagi memastikan murid khususnya yang berpencapaian rendah akademik tidak berasa diabaikan dan masih mempunyai peluang untuk berjaya dalam kehidupan pada masa hadapan. Untuk membolehkan dapatan kajian digeneralisasikan kepada murid SABK di seluruh Malaysia, kajian lanjutan melibatkan SABK di seluruh Malaysia adalah dicadangkan.

References

Abdul Halim, A. 1999. Ke arah kecermelangan dan kesejahteraan perkhidmatan awam di alaf baru. Kuala Lumpur: MPH Publishing.

Abu Bakar, N. 2013. Kurikulum ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(1), 10–18.

Abudin Nata. 2016. Ilmu Pendidikan Islam. Jakarta Timur: Prenada Media.

Ahmad Kilani, M. 2003. Pengurusan pendidikan di sekolah huraian menurut persfektif Islam. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia.

Anuar, A., & Nelson, J. 2015. Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil 3(2), 1–11.

Azmi bin Zakaria, A. Z. bin M. 2018. Peranan Guru Besar Dalam Pengurusan Kokurikulum Daripada Perspektif Guru Penasihat Kokurikulum. (December), 80–94.

Baharudin, R., & Nayan, N. 2015. Penilaian kejayaan pelaksanaan sistem pengurusan maklumat pendidikan (EMIS) di sekolah. Journal of ICT in Education, 2(1), 78–89.

Barni, D., Ranieri, S., Donato, S., Tagliabue, S., & Scabini, E. 2017. Personal and family sources of parents’ socialization values: A multilevel study. Avances En Psicología Latinoamericana, 35(1), 22. https://doi.org/10.12804/revistas.urosario.edu.co/apl/a.3468

Bustang, B., Kadir, A., & Azahan, A. 2020. Komitmen dalam pengurusan kualiti di sekolah: Konsep dan kerelevanannya. Akademika, 90(3), 71–83.

Creswell, J.W. 2014. Research design. 4th ed. Thousands Oaks, California: Sage Publications.

Crow, L. D. dan Crow, L, 1988. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. (terjemahan: Habibah Elias). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Christina Andin, Rosmiza Mohd Zainol, Wong Hock Chuo, R. H. (2019). Minat Murid Berpencapaian Rendah Terhadap Pembelajaran. Jurnal Penyelidikkan Pendidikan, 20, 156–170.

Esmali, B. 2017. Dasar penempatan-pertukaran, kompetensi dan tanggungan tugas dalam perkhidmatan guru. Universiti Malaya.

Eysenck, H. J. 1972. Conditioning, introversion, extraversion and the strength of the nervous system in V. D. Nebylitson and J. A. Grey (eds), Biological Bases of Individual Behaviour. New York: Academic Press

Fayol, Hendry, 2013. Pengantar Administrasi dan fungsi-fungsi manajemen. http://PengantarAdministrasi-danfungsifungsimanajemen.htm Diakses tanggal 2 Maret 2014.

Fishbein, M. & Ajzen, I, 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior. An Introduction to Theory and Research, Addison Wesley, Reading, MA.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2018. Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: amalan dan analisis kajian. Ed-ke 2. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

George R. Terry, 1992. The Principles of Management. Illnois: Irwin, Inc

Idris, N., & Hamzah, R. (2012). Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 60.

Jaafar Muhammad, 1998. Asas Pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

Jahidin, N., Ismail, Z., & Abdul Aziz, A, 2018. Modul PAK 21 PPD Petaling Utama: Penjana Peningkatan Prestasi Akademik dalam Kalangan Murid Orang Asli. Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018.

Kasim, M. A. B. M., Ismail, S. N., Mohammad, S., & Ibrahim, H, 2017. Iklim Sekolah Dan Komitmen Guru Di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Sabk) Negeri Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 699–708. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.543

Kaviza, M, 2018. Pengalaman Mengajar Atau Latihan Profesional Guru Dalam Mempengaruhi Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Mata Pelajaran Sejarah Di Sekolah Menengah. EDUCATUM Journal of Social Sciences (EJOSS), 4(1), 40–47.

Khaliza, S., Mohd Hassani, D., & Abdul Said, A, 2016. Peranan guru cemerlang Malaysia di sekolah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 24, 161–177.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement. 30 (3): 607 – 610.

Kuebler, R.R. & Smith, Jr. H. 1976. Statistics: a beginning. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Mohamad Khairi, O., Mohd Zailani, M. Y., Alis, P., & Nurfasihah, R. (2017). Permasalahan dan cabaran guru dalam membentuk nilai pelajar di sekolah menengah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issue, 4(1), 1–10.

Mohamad, M. (2016). Di Sekolah Agama Mua’ Azam Bin Mohamad.

Mohd Hanif, M. Z., Syarifah Sofia, A. R., Norhazwani, H., & Azlin Norhaini, M. (2015). Profil Tret Personaliti Pengetua Cemerlang Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah. In ASEAN Comparative Education Research Conference. Fakulti Pendidikan UKM.

Mohd. Majid Konting. 1994. Kaedah penyelidikan pendidikan. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Azmah, N. Y. 2007. Nik_Azmah.pdf.

Nor Aslah binti Aris. 2013. Kepimpinan pengajaran guru besar di daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

Norashikin, A. B. 2016. Hubungan kepimpinan pengajaran pengetua dan kepemimpinan guru dengan prestasi akademik sekolah menengah di Johor. Universiti Putra Malaysia.

Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, & Fooi, F. S. (2017). Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar di Sibu, Sarawak. Management Research Journal, 6(1), 176–190.

Norazlinda, S., & Surendran, S, 2014. Galakan pengetua dalam membuat keputusan dengan komitmen guru di sekolah menengah kebangsaan berpencapaian rendah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(2), 15–23.

Norlia, H. (2017). Sikap, norma, subjektif dan persepsi mengamalkan adab belajar dalam pelaksanaan latihan hijrah pelajar sekolah berasrama penuh. Universiti Teknologi Malaysia.

Nugroho, H. R., Susilo, H., & Iqbal, M, 2016. Pengaruh Job Burnout dan KepuasanKerja Melalui Komitmen Organisasi Terhadap Kinerja Karyawan, 37(2), 173–182.

Nurdin Setiadi, 1983. Kegelisahan Batin dan Kebebasan Manusia.

Omardin Ashaari, 2002. Pengurusan Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pallant, J. 2001. A step by step guide to data analysis using spss for windows (version 12). Buckingham: Open University Press.

Rosnah, I., & Muhammad Faizal, A. G, 2013. Amalan pembelajaran kolektif dalam kalangan guru sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. 3(1), 27–34.

Sebastian, J., & Allensworth, E, 2012. The Influence of Principal Leadership on Classroom Instruction and Student Learning: A Study of Mediated Pathways to Learning. Educational Administration Quarterly, 48(4).

Sekaran, U. 2003. Research methods for business: a skill-building approach. Ed. ke-4. New York: John Wiley and Sons.

Slameto, 1988. Belajar dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhinya. Jakarta: PT Rineka Cipta.

Sumadi Suryabrata, 1988. Metodologi Penelitian, CV. Rajawali, Jakarta.

Sukarna, 2011. Dasar-Dasar Manajemen. Bandung: CV. Mandar Maju

Sukirin, 1986. Psikolog Pendidikan. Yogyakarta: FIP IKIP

Stoner, J.A., Freeman, R.E., & Gilbert, D.R, 1995. Pengurusan (6th Ed.). Terjemahan oleh Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Stoner, J.A., & Wankel, C. (1989). Pengurusan (Edisi ke-3). Petaling Jaya: Amiza.

Tabachnick B.G. & Fidell L.S. 2001. Using multivariate statistics. Boston, M.A.: Allyn & Bacon.

The Liang Gie, 1981. Ilmu Politik.Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Walgito, Bimo, 1981. Bimbingan dan Prestasi di Sekolah. Yogyakarta: FIP-IKIP

Witherington, H. C, 1986. Psikologi pendidikan. penerj. Buchairi Jakarta: Aksara Baru

Winkel, W.S, 1998. Psikologi Pengajaran. Jakarta: Pt Grademia Widiasarana.

Woodworth, R.S.and Marquis, D.G, 1957. Psycholog. Henry Holt and Company, New York.

Yaakob, D., & Yahya, D, 2012. Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 111–139. https://doi.org/10.32890/mjli.9.2012.7639

Zainal Ariffin Zainuddin, Yaakob Daud, & Saiful Azmi Mohd Noor, 2016. Pengurusan kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah kebangsaan daerah kuala terengganu. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, 1(October), 891–900.

Downloads

Published

12/07/2021

How to Cite

Ismail, M. R. (2021). Amalan Pengurusan Program Akademik Pentadbir dan Perkembangan Murid Berpencapaian Rendah Akademik di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. PANRITA: Journal of Science, Technology, and Arts, 1(1). Retrieved from https://www.journal.dedikasi.org/pjsta/article/view/12